Sunday 26 May 2013

CARA KURUS DENGAN SAUNA



CARA KURUS DENGAN SAUNA


Sauna atau apapun jenis program pelangsingan, memerlukan komitmen dan usaha yang konsisten daripada setiap pengguna. Selain daripada bersauna semata, untuk melihat kesan yang ketara akan manfaat bersauna, pengguna sauna juga dinasihatkan untuk menjaga pemakanan. Jauhkan amalan memakan makanan yang boleh mengundang lemak untuk menempel di badan kita. Untuk melihat keberkesanan sauna ini, setiap pengguna dinasihatkan untuk:-

1) Bersauna tiga (3) kali seminggu dan konsisten – Bersauna secara konsisten adalah kunci kepada kejayaan kurus dengan bersauna.  Bersauna dengan konsisten juga membantu meningkatkan kadar metabolisme  akan meningkat sehingga 50%. Ini akan membantu badan membakar lebih banyak kalori dan pasti membantu anada mengurangkan berat badan.

2) Meminum air sekurang-kurangnya lapan (8) gelas sehari - Minum air yang cukup untuk mengelakkan badan terhidrat apabila bersauna. Air yang cukup juga boleh membantu badan mengeluarkan toksin dalam badan. Selain itu air juga membantu meningkatkan kadar metabilsme dalam badan.

3) Meminum air sebelum dan selepas bersauna – Penting bagi setiap pengguna untuk meminum air sebelum dan selepas sauna agar badan kita tetap berasa segar dan bertenaga serta membuatkan badan kita lebih bersedia untuk mengeluarkan peluh dalam kadar yang banyak. Peluh yang dikeluarkan sebenarnya amat baik dari sudut kesihatan kerana ia menyingkan lemak dan membuang toksin di dalam badan.

4) Mandi selepas peluh kering – Digalakkan kepada semua pengguna agar mengeringkan badan seketika sehingga peluh di badan benar-benar kering dan ini mampu mengelakkan masalah kulit seperti panau dll.

No comments:

Post a Comment