Sunday 26 May 2013

TUNGKU MODEN ATAU TUNGKU ELEKTRIK



***** TUNGKU MODEN ATAU TUNGKU ELEKTRIK *****

HARGA PROMOSI RM 33







Sukar mencari tungku bagi digunakan sewaktu didalam pantang selepas bersalin?
Anda tidak suka menggunakan tungku batu yang boleh menyebabkan tilam dan kain terbakar akibat dari batu menjadi terlalu panas?
Anda inginkan tungku yang selamat digunakan sewaktu didalam pantang selepas bersalin?
Kini anda tidak perlu risau lagi. Penyelesaiannya kini ada dengan TUNGKU MODEN!


Sudah menjadi amalan dikalangan masyarakat Melayu untuk bertungku sewaktu didalam pantang selepas bersalin. Tungku yang digunakan biasanya dari batu sungai yang berbentuk bulat. Namun begitu di zaman moden ini agak sukar untuk mendapatkan batu sungai lagi. Ditambah pula, jika ada batu sungai untuk bertungku, ia perlu dipanaskan diatas api dan dibalut dengan kertas dan kain sebelum boleh digunakan bagi mengelakkan dari batu membakar baju dan kulit (kerana ia sangat panas) dan juga agar kepanasannya bertahan lama.
Begitu juga dengan tungku herba yang dipanaskan dengan cara stim (wap). Panas tungku tidak bertahan lama dan memerlukan masa yang agak lama untuk memanaskan tungku agar ia benar-benar panas sebelum boleh digunakan.
Tungku moden ini sangat sesuai digunakan sewaktu didalam pantang selepas bersalin untuk memanaskan bahagian badan seperti :

Tapak kaki
Bahagian perut
Pinggang
Bahagian punggung
Belakang badan
Mana-mana bahagian badan yang terasa sengal dan sakit

Sememangnya tungku moden ini adalah pengganti yang sesuai bagi tungku tradisional. Bukan itu saja, Tungku Moden ini juga boleh digunakan untuk :

Ibu / wanita yang baru lepas keguguran
Demam dan lemah badan
Digunakan sewaktu senggugut bagi meredakan sakit perut
Meredakan kembung perut
Dituam pada bahagian yang bengkak (contohnya terseliuh) untuk meredakan bengkak
Sememangnya kami sentiasa ingin menawarkan yang terbaik kepada anda pelanggan kami.
Berikut adalah ciri-ciri menarik tungku moden berbanding tungku batu (tungku tradisional) dan tungku herba

Ciri-ciri
Tungku Moden
Tungku Batu (Tradisional)
Tungku Herba
Cara untuk memanaskan tungku
Menggunakan Elektrik
Menggunakan api dapur
Menggunakan cara mengewap (stim)
Tempoh untuk memanaskan tungku
5 ke 8 minit
10 minit ke 15 minit
Sehingga 20 minit
Panas tungku tahan selama
1 jam 30 minit ke 2 jam
30 minit ke 1 jam (jika dibalut dengan kertas yang tebal
15 ke 20 minit sahaja
Berat Tungku
1.6 kilogram. Tungku seberat ini sesuai untuk ibu yang baru bersalin kerana mudah untuk diangkat. Berat tungku moden juga tidak terlalu berat dan tidak terlalu ringan.
Berat tungku batu bergantung kepada besar tungku. Makin besar, makin beratlah terasa tungku itu
Sangat ringan. Malahan bagi sesetengah individu, mereka perlu menekan tungku ke bahagian badan yang perlu ditungku agar terasa panas tungku.
Lain-lain ciri istimewa
Boleh diletak pada bahagian badan yang ingin dipanaskan tanpa perlu dibalut dengan kertas. Cukup dengan meletakkan tungku diatas pakaian yang anda sedang pakai sahaja
Mesti dibalut dengan kertas bagi mengelakkan kulit melecur dan baju terbakar kesan dari panas batu


Tidak membakar dan merosakkan pakaian anda
Tungku batu perlu dibalut dengan kertas dan kain yang tebal. Namun begitu, jika batu terlalu panas, ia tetap membakar kertas dan kain yang membalutnya. Pengalaman saya sendiri sewaktu didalam pantang selepas bersalin, cadar dan tilam sedikit hangus kerana batu yang dijadikan tungku telah dipanaskan dengan lama dan menjadi terlalu panas sehingga membakar kertas dan kain yang membalutnya.. kemudian membakar tilam dan cadar tempat saya meletakkan tungku tersebut
Selamat digunakan
Jika terlebih lama tungku dipanaskan, batu boleh pecah.
Mudah dibawa kemana-mana - anda boleh gunakannya sewaktu bekerja pejabat. Jadi ia sangat sesuai digunakan oleh mereka yang baru keguguran dan tidak mendapat cuti sakit yang lama
Kandungan didalam tungku ialah cecair yang menyerap dan memerangkap haba

Kandungan didalam tungku ialah campuran herba yang mengeluarkan bau

Bahagian luar dibalut dengan kain yang tebal dan tahan lasak


Oleh kerana sebab-sebab diatas, kami mencadangkan agar anda menggunakan tungku moden untuk memanas dan melegakan badan terutama selepas bersalin.

1 comment:

  1. sis,, nak tanya lahh...tungku ni guna elektrik ea?

    ReplyDelete